1.1.07

Kenapa 2007 ? Dimanakah 2006 ?

Masa begitu cepat berlalu. Aku telah tinggalkan 2006 begiu sahaja. Tanpa simpanan, tanpa perasaan, tanpa hiraukan sesapa. Hanya diri aku yg terumbang-ambing kesana kemari mencari sesuatu yg tak pasti. Sesuatu yg kita idamkan sendiri. Aku tahu matlamat yg aku cari selama ini telah tergadai begitu sahaja. Apa yg aku hajati itu terbuang begitu sahaja. Apa yg aku idamkan itu hilang begitu sahaja. Hanya menanti saat dan masa yg telah meninggalkan aku sebegini rupa. Aku tahu apa yg aku lakukan ini adalah dari kesilapan diri aku sendiri dan aku telah membuat kesilapan ini beratus, beribu dan berjuta kali dan aku telah menyiksa diri aku sendiri. Sampai bilakah diri aku ini akan berubah. Sambil bilakah langkah kaki aku ini akan berakhir. Sampai bila lagi aku akan jadi seorang insan yg berguna. Hanya takdir yg menentukan dan kita yg merancangkannya. Aku telah bersalah kepada semua orang yg aku sayangi selama ini. Segala nasihat dan segala tohmahan telah aku dengari dan amati. tetapi aku telah abaikan begitu sahaja. Aku tahu nanti seuatu masa nanti aku akan berubah dan aku tahu yg diri aku ini akan menjadi seorang yg berguna pada suatu masa yg akan mengubah segala kehidupan aku sekarang. Munkin aku tak nampak lagi apa yg aku cari. Munkin pemikiran aku yg bercelaru ini telah membebankan aku selama ini dan munkin inilah semuanya yg menyebabkan aku meninggalkan 2006 dan bertapak di 2007 untuk menemui perjalanan yg baru. Perjalanan yg aku hajati selama ini yg munkin akan tercapai. Aku tahu hati aku kini masih sedih lagi dengan pengalaman aku yg lampau. Takkan dapat menghantui diriku lagi. Takkan lagi.

No comments: