3.7.05

- aku dan diriku -

Kini aku mengenali betapa hebatnya perkataan yg bernama "cinta". Aku tau yg diriku ini terdampar dalam lautan gelora asmara impian yg sukar aku kecapi dan kini aku telah menerimanya. Aku sedar yg diriku ini begitu kerdil utk mendakap kebahagian yg aku selama ini kejari. Berliku, beronak, berduri pada setiap perjalanan ku ini. Telah aku hayati setiap detik jarum minit dan saat, daku sendiri dialami pilu. Sendirian mencari apakah yg aku buat selama ini. Jauhnya perjalanan aku ini. Aku hadapi sebegitu sahaja. Tetapi kenapa sekarang aku baru nak ingat, kenapa tidak aku yg dahulu ?. Munkin takdir. Munkin jejak langkahku ini sendiri mencari kesemuanya ini. Telah aku menyelami setiap pelusuk tembuluh darahku ini, mencari erti kata jawapan. Akan aku teruskan. Menyelam terus menyelam hingga kepertengahan diriku ini. Terdengar denyutan yg sebegitu kuat berdenyut. Aku tidak boleh gerakkan diriku ini, kenapa ?. Saban kali masa terus berjalan dgn laju. Saat telah meninggalkan minit. Masih lagi berdegupan di mahligai gumpalan isi daging yg berdenyut. Aliran darah yg menyusur laju memenuhi setiap ruang rongga isi daging itu. Aku terkelu. Kelu kerana gentar ianya akan berhenti. Berhenti daripada mengepam segala darah itu mengalir. Aliran yg menyelubungi setiap rongga tembuluh urat tubuhku ini. Tubuh yg kaku dgn segala pengertian dan jawapan. Pengertian itu telah pun dijawap. Diterima dgn keihlasan terus menyusup kedalam isi yg keperangan yg telah menerima sel² tulus ikhlas. Lalu menyusup ke saluran utama. Yaitu saluran yg menuju kepuncak. Puncak yg selalu mereka² ingin ketahui. Ingin mengenali. Mengenali diri sendiri. Diri yg kontang akan meminta bantuan daripada saluran darah yg menerus kepuncak. Saluran itulah akan membawa diriku itu kepada tempat upaya fikir. Disitulah tempat menerima dan tempat utk mencari jalan penyelesaian. Jalan yg telah lama tidak diselesaikan. Yg telah lama ditinggalkan. Ditinggalkan oleh diriku sendiri. Terus mencari dgn daya itu buat sementara waktu. Untuk mencari erti kata yg telah diriku unkapan semasa perkara ini semua terjadi. Yaitu aku telah mengenali perkataan yg bernama " C i n t a ".

1 comment:

Chika Chika said...

chentaaa??? waaa...sgt 'berbunga-bunga cinta' entry kamu... :) all the best la k utk cinta kamu tu... ngee