17.5.05

Kenangan Menjadi Sempadan ...



Malam semalam saya tak dapat tidur lena. Kerana teringatkan sesuatu perkara yang tidak dapat saya lupakan semasa saya di seremban dahulu. Tarikh dan masa yang sama semalam, telah mengingatkan saya kembali semasa saya dengan Z dahulu. Bagaimana saya nak lupakan perkara saya dengan dia. Walaupun saya dah lama tak bersama dengan dia. Walaupun dia dah lama tinggalkan saya macam ini. Tapi mengapa harus saya ingatkan dia lagi ?. Memang saya sungguh kesal berjumpa dengan dia. Sungguh menyesal !. Tetapi hati saya ini masih terbayangkan wajah dia. Kenapa saya masih lagi mengingatinya. Kenapa saya masih lagi mahu mengingati dirinya ?. Munkin kerana belaian manja yang saya terima darinya. Munkin kerana kasih dan sayang yang diberi olehnya. Saya harus lupakan dia. Saya misti lupakan dia. Kerana dia telah dipengaruhi oleh seorang lagi mahluk penghapus. Saya takkan maafkannya. Tidak munkin sama sekali. Kerana dia telah menghancurkan hati sanubari saya ini sendiri dan kerana dia juga telah membuatkan diri saya sebegini. Saya takkan tunduk lagi kepadanya. Biarlah namanya bersemadi sekalipun saya akan padamkan terus namanya itu. Saya sedar segala pengorbanan yang saya semai dahulu itu tidak dihargai. Saya sedar segala kebahagiaan yang saya taburkan itu dilukai dan saya sedar bahawasanya hati saya ini kelukaan lagi. Sekarang ini dalam kadar tempoh pemulihan. Syukurlah berkat bersama kawan-kawan saya di Pulau Pinang ini. Saya berterima kasih banyak pada kawan yang telah membantu saya selama mana saya disini. Telah jauh perjalanan yang telah saya jalani selama ini. Telah sekian lama jauh. Takkan saya ulangi perkara yang mana terdahulu. Yang terdahulu itu biarlah ianya berlalu. Inilah diriku yang terbaharu. Sepengalamannya saya disini yaitu di Pulau Pinang ini. Adalah satu peristiwa yang tidak akan saya lupakan sama sekali. Sebahagianya saya dengan Naz. Kebahagian bermula dengan segala kemesraan yang diberi olehnya. Takkan saya lupakan. Akan saya hargai didalam diri ini buat selamanya. Inilah yang dikatakan kesempurnaan di didalam kehidupan. Tidak akan lari dengan perkara yang menyebabkan kasih dan sayang. Perkara yang menyebabkan dengan alam percintaan. Terima kasih kerana telah memberi segala kasih dan sayang awak itu terhadap diri ini. Sememangnya dahulu, diri ini telah lama terluka. Kelukaan itu terjadi oleh perbuatan diri saya sendiri. Dengan itu saya tidak akan menyalahi sesiapa. Jikalau diri saya ini tidak mengambil risiko itu. Nescaya ianya takkan berlaku sepertimana sekarang ini. Telah lama saya menghilangkan diri. Telah lama saya menyepikan diri. Tiba-tiba hati ini teringin mahu menceburi alam yang begitu indah. Yang begitu membahagiakan yaitu alam percintaan. Ternyata ramai yang inginkan kebahagiaan dan ternyata alam yang saya maksudkan ini sebegitu indah. Sepertimananya saya terima keikhlasan awak. Sepertimananya tampuk kebahagian itu bermula dan sepertimananya saya disini ikhlas menerima awak sebagai seseorang yang bernama kekasih. Betapa gembiranya saya ketika kita bersama. Indahnya suasana bersama itu, tidak dapat saya luahkan dengan kata-kata. Terima syukur kerana saya telah menemui apa yang saya hajati selama ini. Saya hargai atas apa yang telah dihulurkan oleh awak. Yaitu kasih dan sayang awak itu saya hargai dengan ikhlas dari hati sanubari saya ini sendiri. Semoga perikatan perkenalan kita ini perolehi kebahagian yang begitu indah dan akan berkekalan hinggalah keakhir hayat perjalanan hidup kita ini.

“Now I know that I love you, Im afraid want to lose you”

AndyMidzi.

No comments: