25.2.07
19.2.07
The Day Is Still Coming ...
p/s : Please proud to be your own self... Dont think about what did I think it ...
Posted by
AndyMidzi
at
11:53 PM
0
comments
9.2.07
Qabil Khushry Qabil Igam.. Jom Tengok Wayang Yuk !
Posted by
AndyMidzi
at
11:56 PM
0
comments
8.2.07
Aduzzz !!! Sakit tul kaki aku nih !!!
Posted by
AndyMidzi
at
6:50 PM
0
comments
6.2.07
Petang nih Gi Sungai Petani...
Erk... Memang buatkan aku terperanjat pasal spital nih cantik sangat. Macam hotel lima bintang lah pulak tuh. Kalau aku bawak kemera, surelah aku post kat sini ahh. Haha. So kita orang pun pi lah jenguk anak saudara mama naz nih di Wad Kenanga 1. Kaki aku pun sakit jugak nih. So kenelah jalan jugak nampak nyer. Sampai nyer di sana. Memasing heran. Ngan aku sekali pun heran. Nak tau kenapa.. Hahhh .. Kerana fasiliti spital tuh. Memang spital nyer luas. Pemandangan yg menarik.. Sampaikan aku rasa sakit pun boleh hilanglah katakan. Haha. So kita orang pun pi lah carik anak saudara mama naz nih. Aku tengok dak nih kesian pun ader. Rasa memacam pun ader ahh. Padahal sebelum nih aku pun ade mai umah dia sebelom nih. Aku tengok dia nih sihat ajer. Rupanya, luaran ajer yg sihat. Dari segi dalamannya memang kita sendiri tak dapat nak dijangkakan. Then mama naz pun berborak lah ngan anak saudara nyer tuh. Nama nyer Naim. Nama manjalah tuh. Hehe. Mak ngan abah dia pun ade sekali. So depa pun boraklah. Tanyer khabar per sumerlah. Aku ngan si osmani pun turut sama melepak ngan dia orang citerlah apa-apa yg patut. Sesambil tuh aku tetengok suasana kawasan wad tuh. Memang cantik. Kat luar wad tuh pun ada taman mini. Pastu suasana tempat kerja nurse yg kat situ pun macam kat dalam opis. Kemas dan teratur. Wahhh... Memang betullah. Kalau tak caya kenelah pi tengok sendiri. Hehe. Aku tengok kelengkapan untuk pesakit pun lengkap. Ngan locker, meja sisi, kipas siling, dan katil nyer tuh memang canggih. Huhu. Well masa pun tak menentukan. Time melawat kat wad nih pun sampai kul 7 sengah ajer. So kita orang bertolak tadik pun dalam kul 4 lebih camtulah. Sampai sini pun dah kul baperkan. So kita orang pun nak mintak dirilah nampaknya. Maklang, mama naz, aku dan osmani pun balik. Semasa nak balik tu kita orang pun singgah lah di kedai makan. Nama kedai makan tuh Mee Udang Mak Wa. Jalan nak pi ker Sungai Dua dari Kepala Batas. Selepas trafic light tuh tengok blah kanan. Hahhh... Pasti menyelerakan. Huhu. So kita orang pun mai lah makan situ. Erm nak oder apa yah. Mee Udang speacial... Erm... Best... Tapi tuh lah... Udang nyer banyak lah pulak. So sapa yg perhabihkan kalau tak aku yang kene ahh. Haha. Bungkuslah jugak untuk orang yg kat umah tuh si naz. Haha. So memang bestlah makan kat situ. Rasa macam nak lagiklah pulak. Haha. Habis makan, jalan pun dah tak larat. Kita orang pun balik... Tapi rasanya nak kene repeat lagiklah Mee Udang tuh . Haha. So kalau korang nak try mai lah sini ok...
Posted by
AndyMidzi
at
7:46 PM
0
comments
5.2.07
Aku cuti hari nih ....
Posted by
AndyMidzi
at
11:42 AM
0
comments
4.2.07
Kenduri Bubur Ashura .. Memang Best !!!
Posted by
AndyMidzi
at
4:39 PM
0
comments
3.2.07
Happy Weddings Day To My Big Boss !!!

Sempatlah amik gambar sat. Pastu aku nak mandilah lepas nih. Ehem-ehem sekejap. Pastu kita pun bersiap. Nazeem tengah siap ngan baju barunya. Tiga hari tuh baru siap. Lawalah jugak. So aku pun bersiaplah jugak. Tapi aku nyer style simple jer. Taklah grand sangat. Pasal aku kenekan baju dalam warna putih ngan seluar jeans putih dan kot baldu coklat. Ok tak ? Aku main belasah ajer. Haha. Janji hensome. Haha. Perasan lak aku nih. Ok lah taknak buang masa lagi. Aku ngan nazeem dah siap segalalah masa tuh. So kita pun turun lah kebawah. Dari tingkat 7 ker tingkat 3. Ballroom Hotel Traders tuh. Belom siap lagik rupanya ker. Aku ingatkan dah siap. Haha. Aku tengok Diana ngan Mis. Leong tengah sibuk. Kesana kemari. Aku tak tau nak wat apa. Pasal aku bukan AJK. Tetapi aku aderlah hulurkan sikit pertolongan. Well, pasal aku tak tau nak wat apa lah masa tuh. Haha. Yg si nazeem lak tengah dok layan Mis Leong. Nasip baiklah si saipol pun sampai. Aderlah jugak dia tolong. So aku tengok sumernyer dah siap. Aku, nazeem dan saipol pun lepak lah kat lobby hotel. Sesambil tuh amik lah gambar sikit.
Gambar yg kat atas nih namanya Saipol. Member sekerja aku. Aku ngan nazeem pun amik lah gambar sekalik ngan dia di lobby hotel tuh.
Tapi gambar nih tak berapa oklah. Nih pun kira oklah. Sekurang-kurangnya dapatlah buat kenang-kenangan. Ok... Sesi mengambaran sudah habis. Alih Big Boss aku pun dah sampai ngan keluarganya. Datang naik van pelancong lagik tuh. Aku ngan nazeem pun bergegaslah ke ballroom. Sesampai di ballroom suasana begitu meriah sekali. Ramai yg dah datang. Tapi kenelah register dulukan. Bagik autograf lagik tuh. Haha.

Err.. Ramai tak .. haha memang ramai yg mai dinner tuh .. satu kilang .. haha .. Tapi kira oklah jugak .. Dapat berjumpa ngan sumer pekerja yg ada. So masa nih tgh tunggu makan ahh .. Ader lah sikit pertunjukkan band. Memang best lah..
Misti ade bender yg menarik mereka ceritakan sampai membuatkan nazeem gelak besar. Haha. So member pun amiklah gambar seklik. Lama lagik nak makan nih. Dah nak pukul 8 pm dah nih. Mata aku pun dah naik kuyu dah. Teringat kat bantallah pulak. Haha. So ini sajer lah yg dapat aku bagi tau kat korang pasal dinner Bos aku kawin kat Hotel Traders, Penang. Nanti kita sambung citer lain pulak ok. Pasal banyak sangat gambar yg nak diload. Sampaikan aku tak larat dah nih ahh. Haha. Jumpa lagik. Wassalam.
Posted by
AndyMidzi
at
12:15 AM
0
comments
29.1.07
Makan Sampai Kenyang ...

Posted by
AndyMidzi
at
12:33 AM
1 comments
28.1.07
Hari nih cuti lagik :D
haha .. sah sah aku baru bangun tidokan haha ..
so aku tengok jer lah .. Syok jugak :)
Posted by
AndyMidzi
at
10:30 AM
0
comments
Right here waiting for you ...
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain
If I see you next to never
How can we say forever
Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you
I took for granted, all the times
That I though would last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I can't get near you now
Oh, can't you see it baby
You've got me goin' CrAzY
Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you
I wonder how we can survive
This romance
But in the end if I'm with you
I'll take the chance
Oh, can't you see it baby
You've got me goin' cRaZy
Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you
:Richard Marx:
Posted by
AndyMidzi
at
10:03 AM
0
comments
24.1.07
Kenangan Menjadi Tauladan ...
Lama jugak aku mencarik gambar nih. Dekat-dekat setengah jam aku carik kat dalam mail aku yg berlambak ngan memacam spam, bercampur aduk ngan memacam inviter. Aku buang satu persatu, pastu aku terbukak folder pic lama... Terpampang pulak ngan gambar nih. Gambar yg mengamit ratusan ribu juta kenangan yg ada pada gambar ini pada aku. Munkin kalau ada sesiapa pembaca yg kat luar sana tertanya-tanya kenapa aku letakkan gambar ni kat sini. Ceritanya memang panjang. Tapi aku akan pendekkan sikit supaya senang korang pahamlah. Masa tuh kat seremban, tahun 1998. Aku keje kat sebuah kedai makan kat taman ixora, senawang. Disitulah aku memahami erti hidup susah ditempat orang. Masa tu aku keje sebagai tukang buat air dan masa tu jugak aku tak tau lagi nak buat keje apa-apa yg best cam sekang nih... Pastu aku diberi tempat tinggal oleh tuan punya kedai. Makan dan minum pun disediakan. Tetapi masa tu gaji aku pun tak lah cam sekang nih. Cuma aku rasa, aku sudah cukup ngan apa yg ada dan aku bersyukur banyak-banyak ngan apa yg aku dapat setiap hari. Dekat-dekat setahunlah jugak aku keje kat kedai makan tuh. Tiba-tiba adalah seorang hamba allah datang berjumpa dengan aku. Dia tanyer ngan aku sampai bilakah aku nak keje buat air ?. Aku pun senyap. Memacam yg aku pikir tentang soalan dia. Lantas, pada masa itu jugak dia sekolahkan aku... Memacam peluang yg dia tujukan pada aku. Aku pun berfikir sama ada aku nak teruskan keje aku sebelon ini atau aku pilih apa yg dia rancangkan. Setahun sudah aku berkerja kat kedai makan nih. Satu hapah simpanan pun takder. Harap makan pagi. Itupun kalau ada. Harap makan malam. Pun sama. Aku ini ibarat duduk didalam perahu. Tak tahu mana kehulu dan mana kehilir. Akhirnya aku mengalah. Aku mintak tempoh 2 hari. Dia kata ok. Keesokkan harinya aku dah bersiap mengemas pakaian aku semua masuk kat dalam beg. Aku dah siap tulis surat berenti nak bagi kat tuan kedai aku tuh. Aku pun dah standby duit sikit. Gaji aku minggu yg lepas. Adalah dalam dua ratus. Pagi tuh aku dok kat kedai seperti biasa aku minum pagi. Tuan kedai aku tu datang kul 7 kadang kul 8. Jadinya aku tunggu sajalah nampaknya. Tapi sekang nih aku dah rasa ngantuklah sikit, munkin sok aku sambung lagik citer nih ok ..
Posted by
AndyMidzi
at
12:45 AM
0
comments
19.1.07
Tiada Perjalanan Pulang Lagi ...
Didalam kesamaran terdapat cahaya yg menyinari sanubari hatiku ini.
Sesuatu yg akan membuatkan aku tidak akan menanti lagi apa yg aku sedang nantikan.
Apa yg aku hajati telah aku capai sekarang dan aku takkan lepaskan.
Aku takkan tinggalkan. Munkin ini adalah suatu titik permulaan dalam hidup aku selama ini dan aku harus tempuh dengan tabah.
Semoga apa yg aku alami selama ini akan membuatkan aku lebih semangat lagi untuk menempuh dugaan demi dugaan ...
Tiada perjalanan pulang lagi ...
Posted by
AndyMidzi
at
10:46 PM
0
comments
16.1.07
Bersama Dengan Mu Selamanya ...
Aku takkan bersedih lagi ...
Aku takkan bersedih lagi ...
Aku takkan bersedih lagi ...
Aku takkan bersedih lagi ...
Aku takkan bersedih lagi ...
Aku takkan bersedih lagi ...
Aku takkan bersedih lagi ...
Aku takkan bersedih lagi ...
Aku takkan bersedih lagi ...
Aku takkan bersedih lagi ...
Hingga ke akhir hayat ku ini ...
Kerana aku akan bersama denganmu ...
Selamanya ...
Posted by
AndyMidzi
at
11:35 PM
0
comments
15.1.07
Semalam dan hari ini adalah hari yg paling gembira lah :)
Posted by
AndyMidzi
at
11:25 PM
0
comments
1.1.07
Kenapa 2007 ? Dimanakah 2006 ?
Posted by
AndyMidzi
at
3:29 AM
0
comments
3.7.05
- aku dan diriku -
Posted by
AndyMidzi
at
6:07 AM
1 comments
19.5.05
17.5.05
Kenangan Menjadi Sempadan ...
Malam semalam saya tak dapat tidur lena. Kerana teringatkan sesuatu perkara yang tidak dapat saya lupakan semasa saya di seremban dahulu. Tarikh dan masa yang sama semalam, telah mengingatkan saya kembali semasa saya dengan Z dahulu. Bagaimana saya nak lupakan perkara saya dengan dia. Walaupun saya dah lama tak bersama dengan dia. Walaupun dia dah lama tinggalkan saya macam ini. Tapi mengapa harus saya ingatkan dia lagi ?. Memang saya sungguh kesal berjumpa dengan dia. Sungguh menyesal !. Tetapi hati saya ini masih terbayangkan wajah dia. Kenapa saya masih lagi mengingatinya. Kenapa saya masih lagi mahu mengingati dirinya ?. Munkin kerana belaian manja yang saya terima darinya. Munkin kerana kasih dan sayang yang diberi olehnya. Saya harus lupakan dia. Saya misti lupakan dia. Kerana dia telah dipengaruhi oleh seorang lagi mahluk penghapus. Saya takkan maafkannya. Tidak munkin sama sekali. Kerana dia telah menghancurkan hati sanubari saya ini sendiri dan kerana dia juga telah membuatkan diri saya sebegini. Saya takkan tunduk lagi kepadanya. Biarlah namanya bersemadi sekalipun saya akan padamkan terus namanya itu. Saya sedar segala pengorbanan yang saya semai dahulu itu tidak dihargai. Saya sedar segala kebahagiaan yang saya taburkan itu dilukai dan saya sedar bahawasanya hati saya ini kelukaan lagi. Sekarang ini dalam kadar tempoh pemulihan. Syukurlah berkat bersama kawan-kawan saya di Pulau Pinang ini. Saya berterima kasih banyak pada kawan yang telah membantu saya selama mana saya disini. Telah jauh perjalanan yang telah saya jalani selama ini. Telah sekian lama jauh. Takkan saya ulangi perkara yang mana terdahulu. Yang terdahulu itu biarlah ianya berlalu. Inilah diriku yang terbaharu. Sepengalamannya saya disini yaitu di Pulau Pinang ini. Adalah satu peristiwa yang tidak akan saya lupakan sama sekali. Sebahagianya saya dengan Naz. Kebahagian bermula dengan segala kemesraan yang diberi olehnya. Takkan saya lupakan. Akan saya hargai didalam diri ini buat selamanya. Inilah yang dikatakan kesempurnaan di didalam kehidupan. Tidak akan lari dengan perkara yang menyebabkan kasih dan sayang. Perkara yang menyebabkan dengan alam percintaan. Terima kasih kerana telah memberi segala kasih dan sayang awak itu terhadap diri ini. Sememangnya dahulu, diri ini telah lama terluka. Kelukaan itu terjadi oleh perbuatan diri saya sendiri. Dengan itu saya tidak akan menyalahi sesiapa. Jikalau diri saya ini tidak mengambil risiko itu. Nescaya ianya takkan berlaku sepertimana sekarang ini. Telah lama saya menghilangkan diri. Telah lama saya menyepikan diri. Tiba-tiba hati ini teringin mahu menceburi alam yang begitu indah. Yang begitu membahagiakan yaitu alam percintaan. Ternyata ramai yang inginkan kebahagiaan dan ternyata alam yang saya maksudkan ini sebegitu indah. Sepertimananya saya terima keikhlasan awak. Sepertimananya tampuk kebahagian itu bermula dan sepertimananya saya disini ikhlas menerima awak sebagai seseorang yang bernama kekasih. Betapa gembiranya saya ketika kita bersama. Indahnya suasana bersama itu, tidak dapat saya luahkan dengan kata-kata. Terima syukur kerana saya telah menemui apa yang saya hajati selama ini. Saya hargai atas apa yang telah dihulurkan oleh awak. Yaitu kasih dan sayang awak itu saya hargai dengan ikhlas dari hati sanubari saya ini sendiri. Semoga perikatan perkenalan kita ini perolehi kebahagian yang begitu indah dan akan berkekalan hinggalah keakhir hayat perjalanan hidup kita ini.
“Now I know that I love you, Im afraid want to lose you”
AndyMidzi.
Posted by
AndyMidzi
at
9:08 AM
0
comments
16.5.05
Demi Masa ...
Berbisiklah hatiku mengenangmu
Posted by
AndyMidzi
at
9:37 AM
0
comments









